Harold Alexander
Harold Alexander

Harold Alexander


Fil Marsyal Harold Rupert Leofric George Alexander, Earl Alexander Tunis Pertama, KG, GCB, OM, GCMG, CSI, DSO, MC, CD, PCc, PC (10 Disember 1891 - 16 Jun 1969), adalah seorang pegawai kanan Tentera Darat British yang berkhidmat dengan cemerlang di kedua-dua Perang Dunia I dan Perang Dunia II dan, selepas itu, sebagai Gabenor Jeneral Kanada yang Ke-17 semenjak Konfederasi Kanada.Alexander telah dilahirkan di London, England, kepada keluarga bangsawan dan mendapat pendidikan di Sekolah Harrow sebelum berpindah ke Maktab Tentera Diraja, Sandhurst, untuk dilatih sebagai pegawai tentera Pengawal Ireland. Beliau menjadi terkenal menerusi perkhidmatannya dalam Perang Dunia Pertama, menerima pelbagai anugerah dan pingat, dan menyambung kerjaya tenteranya melalui pelbagai kempen British di serata Eropah dan Asia. Dalam Perang Dunia II, Alexander menyelia peringkat akhir pemindahan tentera Bersekutu dari Dunkirk dan kemudian memegang jawatan tinggi pemerintahan medan di Burma, Afrika Utara dan Itali, termasuk bertugas sebagai Panglima Tertinggi Timur Tengah dan memerintah Kumpulan Tentera Darat Ke-18 di Tunisia. Beliau kemudian memerintah Kumpulan Tentera Darat Ke-15 untuk menawan Sicily dan sekali lagi berjuang di Itali sebelum menerima baton fil marsyalnya dan dilantik Pemerintah Bersekutu Tertinggi Mediterranean.Pada tahun 1946 beliau telah dilantik sebagai Gabenor Jeneral oleh Raja George VI, atas cadangan Perdana Menteri Kanada William Lyon Mackenzie King, bagi menggantikan Earl Athlone sebagai Wizurai, dan beliau menduduki jawatan itu sehingga digantikan oleh Vincent Massey pada 1952. Alexander terbukti bersemangat dengan padang belantara Kanada dan merupakan seorang gabenor jeneral yang popular dengan rakyat Kanada. Beliau adalah gabenor jeneral terakhir yang bukan kelahiran Kanada sebelum pelantikan Adrienne Clarkson pada tahun 1999, serta gabenor jeneral terakhir dilantik sebagai bangsawan Britain.Selepas tamat tempoh pemerintahannya, Alexander mengangkat sumpah ke Majlis Privi Ratu bagi Kanada dan selepas itu,[1] untuk berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan British dalam Kabinet Winston Churchill, ke Majlis Privi Imperial. Alexander bersara pada 1954 dan meninggal dunia pada tahun 1969.

Harold Alexander

Lahir (1891-12-10)10 Disember 1891
London, England
Raja George VI
Elizabeth II
Pangkat Fil Marsyal
Didahului oleh Earl Athlone
Tandatangan
Digantikan oleh Vincent Massey
Pasangan Margaret Alexander
Tahun perkhidmatan 1911–1946
Unit Pengawal Ireland
Profesion Tentera
Kesetiaan United Kingdom
Pertempuran Perang Dunia I
Perang Kemerdekaan Latvia
Kempen Mohmand Kedua
Perang Dunia II
Anak-anak Shane Alexander, Brian James Alexander, Rose Maureen Alexander
Meninggal dunia 16 Jun 1969(1969-06-16) (umur 77)
Slough, Buckinghamshire, England
Perkhidmatan/cawangan Tentera Darat British
Perdana Menteri William Lyon Mackenzie King
Louis St. Laurent

Rujukan

WikiPedia: Harold Alexander http://www.cmp-cpm.forces.gc.ca/dhh-dhp/nic-inm/sm... http://www.pco-bcp.gc.ca/index.asp?lang=eng&page=i... http://archive.gg.ca/gg/fgg/bios/01/alexander_e.as... http://www.queensu.ca/registrar/sites/webpublish.q... http://www.sja.ca/CANADA/ABOUTUS/THEORDER/Pages/Th... http://historicalnewspapers.library.ubc.ca/view/co... http://www.governingcouncil.utoronto.ca/Assets/Gov... http://www.britishpathe.com/video/fm-lord-alexande... http://www.thecanadianencyclopedia.com/index.cfm?P... http://www.unithistories.com/officers/Army_officer...